Tuesday, October 21, 2008

Berlakon rombongan membawa Jenazah

Aku nak cerita, tentang kisah pengalaman kawan aku.Aku ni memang suka ngan cerita2 seram dan misteri cam ni.Cerita ni pun berdasarkan pengalaman yg terjadi kepada kawan aku satu masa dahulu.Ceritanya 'gini' Kawan aku ni dulu sekolah asrama.Tau ja la kan bila hidup kat asrama ni,waktu malam ja mesti boring.Jadi untuk menghilangkan boring,kawan aku ni pakat2 la ngan 5 orang kawannya lagi untuk menakut2kan pelajar baru yg baru masuk asrama.Kawan aku ni memang perangai gila2 la,mengalahkan org gila.
Pada waktu mlm diorang ni buat2(berlakon) la kononnya rombongan membawa
jenazah orang mati.2 orang ditugaskan utk mengangkat jenazah(bantal
peluk) orang mati.Sebagai tok dalang dalam komplot ni,member aku tu la yg akan mengetuai acara mengangkat jenazah,siap pakai serban lagi cam tok imam.Modus operandi mereka adalah dgn berjalan disekeliling padang,dengan harapan ada pelajar baru akan terserempak ngan mereka.Semasa berarak mengelilingi padang dengan membawa jenazah',kawan aku perasan jumlah jemaah yg mengiringi 'jenazah' bertambah ramai.Dan suara orang membaca tahlil mula kedengaran.Tidak lama lepas tu,member aku ni terdengar bunyi benda terjatuh dan org berlari.Pabila di lihat di barisan belakang,terdapat 'pakcik' ngan 'makcik' turut serta mengiringi 'jenazah'.Bila difikirkan balik,bila masa pula ada ibu bapa pelajar masuk kekawasan asrama ni..pd waktu malam pula tu.Jauh di depan bilik asrama,member yg ikut 'berlakon' tadik berteriak "Lari lari" dan melambai2 seperti memanggil balik.Bunyi benda yg jatuh tadi rupa2nya salah sorang kawan yg turut sama berlakon tlh jatuh tersungkur(pengsan la ni).Selepas peristiwa itu, perangai gila2 kawan aku tu tidak pernah berubah..bertambah adalah(tambah gila).

Tips misteri

Aku pernah membaca satu artikel ataupun cerita..aku pun dah lupa artikel/cerita apa tue..tp yg aku ingat kalau korang nak mendengar suara roh mengerang kesakitan...korang boleh cuba kaedah ini..korang ambik beberapa biji limau kapas atau nipis..pastu ko korang cari tempat berlakunya kemalangan(pastikan kemalangan baru terjadi) sehingga mengakibatkan kematian, perah air limau tu kat atas darah yg sudah kering.Korang tunggu beberapa hari...korang akan mendengar bunyi suara sedang dlm kesakitan dikawasan tersebut.

P/s:Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas perkara yg dilakukan dan akibat yg berlaku kpd sesiapa.Bertindak atas risiko anda sendiri.

Cerita Hantu Itm Sabah (Spirit of the coin)

Kisah ni terjadi sewaktu aku masih menuntut kat Itm sabah suatu masa dahulu..

Ceritanya begini,pd waktu mlm aku lebih suka lepak kat bilik member Blok B(aku ni budak gym,asrama kita orang kat bawah bukit).Tengah boring2 tu adalah satu member ni bagi idea nak buat spirit2 of the coin.Aku masa tu memang tidak percaya dgn 'spirit mirit' ni.Kita panggil jak member ni Bayau.Menurut Bayau,beliau mmg mahir ttg cara2 memanggil roh.Asal diseru saja..mesti jadi(roh tu datang).Aku dan 2 orang member lagi try la 'pengalaman' baru ni.Sekeping kertas putih yg telah ditulis nombor ngan huruf beserta syiling 50 sen.Menurut Bayau,utk menyeru roh..ia memerlukan kerjasama semua peserta(kami la tu)..dengan menyumbang jari telunjuk masing2 dan diletakkan ke atas duit syiling tersebut.Bayau turut memberi amaran,semasa proses 'penyeruan' berlaku..tidak boleh sesiapapun antara kami mengangkat jari telunjuk masing2 sebelum menghantar balik roh itu pulang(home).Untuk mendapat lebih 'feel' kami menutup suis lampu bilik dan menggunakan sebatang lilin.Bayau pun menyeru semangat duit syiling,dlm beberapa saat shj aku dpt merasakan duit itu bergerak sedikit demi sedikit.Bayau pun bercakap2 ngan semangat duit tu"Adakah kamu ada disni".Tiba2 syiling itu bergerak kearah YES(bermakna roh tu adala).Aku memandang wajah Bayau,ni mesti dia nak mainkan kami ni.Aku 'suspek' Bayau sengaja mengerakkan duit syiling itu bertujuan nak menakut2kan kami.Menurut Bayau,dia tidak mengerakkan sedikit pun duit syiling tersebut.Aku masih berasa sangsi dgn 'lakonan' Bayau ni..tapi kami teruskan juga aktiviti kami pd malam itu.Banyak jgla soalan yg 'merapu' kami tanya sbgi cth: siapa antara kami memakai seluar dalam warna merah,siapa nama moyang kawan aku yg baru meninggal dunia dan byk lagi la..dan yg menghairankan semua jawapan tu betul(kalau aku minta no.loteri mlm tu..korang rasa kena tak?)tp yg aku ingat satu jwpn ni.. dia(roh yg datang)ni sorang lelaki dan mangsa bunuh.Yela tu.. aku ckp dlm hati.bijak gak Bayau ni nak menakut2kan kami.Walaupun aku dpt merasakan Bayau berlakon utk menakut2kan kami..tp ntah mengapa, tidak semena2 bulu roma meremang secara tiba2.Aku cuba berlagak tenang,mana mungkin roh ni betul2 ada..ni mesti Bayau punya kerja.untuk menutup belang penipuan si Bayau aku bagi beberapa soalan lagi.."spirit of the coin ,adakah anda masih lagi berada disini"aku bagi soalan...sedikit demi sedikit ia bergerak kearah YES(bermaksud adala tu).Aku bagi lagi soalan"Spirit2 of the coin,sekarang anda berada dekat siapa?"sedikit demi sedikit duit itu bergerak ke huruf J..nama kami semua bermula dengan huruf L,B,S dan J..manakala J merupakan huruf pertama utk nama aku.Sambil merenung wajah Bayau aku menyumpah2 beliau didlm hati..celaka punya Bayau berani dia cuba menakut2kan aku yg sedia takut ni.Dia ingat dia lagi bijak..aku bagi lagi satu soalan"spirit2 of the coin,jika betul anda berada disini..cuba pergi buka(switch on) lampu.Lepas jak aku bagi soalan tu,tidak ada apa2 pun yg berlaku..aku dan 2 org member ketawa mcm org gila.Sorang member ni ckp,"mcm manalah roh tu cuba pasang lampu a..kan ka dia tu roh mana mungkin dia dapat tekan switch lampu mcm ni"sambil berlakon cuba menekan2 switch lampu.Kami mengatakan Bayau ngan roh yg datang ni penipu."Okla,kalau ya pun kita suruh la dulu ni roh balik"kata Bayau sedikit marah."spirit2 of the coin pulanglah kamu ke tempat asal"kata Bayau.Duit itu tidak bergerak langsung.Dia cuba lagi"spirit oh the coin..balik la ke tempat asal kamu."kata Bayau lagi...masih tidak bergerak.Aku dpt melihat wajah Bayau seperti panik dan takut.Ewah sempat lagi berlakon si Bayau ni.. aku ckp dlm hati.15 minit cam tue..duit tu masih tidak bergerak.Aku dan member lain dah hilang sabar..kami paksa duit tu bergerak kearah Home(bermaksud balik)"Hah!balik pun"kata sorang member ni..kemudian menarik jari masing2.Bayau terkejut dgn cara kami.Kenapa kamu paksa dan tarik jari sebelum dia betul2 pulang"Bayau memarahi kami."Ala aku tau la ko ni cuba menipu kami"salah sorang member aku memperli Bayau..sambil membuka suis lampu."Kan suda aku ckp jgn tarik sebelum roh tu betul2 mau pulang"Bayau masih dengan pendiriannya lagi.kami bertiga ketawa ngan si Bayau..sudah la kantoi..masih lagi cuba2 utk berlakon.Sudah la Bayau jgn cuba berlakon lagi"kata kawan aku yg satu lagi sambil membaling bantal kearah Bayau.Tiba2 'pap'...semua elektrik kawasan asrama terputus.Nah kan ni la ni kamu..tidak mendengar nasihat."Bayau berkata."Ala ini cuma kebetulan jak bah..apa mahu hairan"aku jawab balik.Tiba2 ada bunyi anjing menyalak dan melolong..betul2 diluar tingkap bilik kami.Aku fikir balik..takkanla ini pun secara kebetulan juga.Orang tua2 cakap jika anjing melolong cam tu,maknanya dia ternampak roh.Kami semua apa lagi lari keluarla dari bilik tue.

Keesokan harinya aku membawa Bayau turun ke Gym kat asrama kitaorang..kat gym aku tinggal kat dorm(penghuninya pun ramai).Aku rasa tidak puas hati pada mlm sebelumnya..jadik aku bawa Bayau kat dorm tuk tunjukkan cara2 spirit2 of the coin kat member2 aku yg lain.Malam itu ramai yg ikut serta..tapi yg dpt sentuh duit tu pun 5 orang dan yg lain cuma memerhati shj.Belum diseru..tiba2 pap! elektrik tempat kami terputus...ah mngkn kebetulan juga ni..aku ckp dlm hati.Tengah budak2 lain dah riuh rendah mencari torch light dan lilin..kami mendengar dengan jelas bunyi anjing melolong panjang dekat kawasan gym.Gila betul..Aku dah mengalaminya 2 kali.Sehingga sekarang aku masih memikirkan lagi peristiwa itu..adakah satu kebetulan atau memang betul(ada roh).

Tips misteri

Pernahkah anda terfikir untuk berkomunikasi ngan roh2 orang yg dah
mati.Kalau ya,anda boleh 'mencuba' spirit2 of the coin.Cara bermainnya
senang sahaja,buat huruf a hingga z, nombor 0 hingga 9,yes(ya) No(tidak) dan home(balik)pada sekeping kertas.Guna duit syiling sahaja.(lebih mujarab guna duit
syiling lama(antik).Mahukan suasana lebih 'thrill', buat kat rumah yg
tidak berpenghuni(rumah lama),dalam hutan,kawasan perkuburan ataupun
tempat kes2 orang yg mati terbunuh/kemalangan..sure seramla.

P/s:penulis tidak akan bertanggungjawab atas tindakan yg dilakukan dan akibat yg berlaku kepada sesiapa yg mencuba kaedah ini.Buat atas risiko sendiri.

Kewujudan Balan-Balan (Penanggal)

Salam seram kembali kepada para bloggers...

Cerita aku pada kali ini.. mengenai beberapa perkara yg perlu anda tahu mengenai misteri balan-balan atau penanggal.

1.Ia boleh menyerupai bebola api(aku pernah nampak 50meter dr cermin tingkap rumah aku..waktu tu aku masih budak lagi),ayam,burung dan ntah apa2 lagi.
2.'Faveret' 'beliau' suka 'melawat' rumah ibu mengandung dan orang yg tengah nazak.
3.Apabila ia tengah terbang, ia akan membuat bunyi 'kwak' seakan bunyi burung wak2(bunyi ni pun aku pernah dengar..tapi tidak pasti,bunyi burung atau balan2..sukar utk dibezakan.
4.kadang-kadang anda boleh mendengar bunyi seakan2 ayam berkokok pd pukul 10mlm-12tgh mlm(aku pernah dengar bunyi ni.dekat dgn rumah aku)...Selalunya ayam hanya berkokok pd waktu pagi...ni waktu mlm..ganjil bukan?kalau anda pernah dengar,cuba perhatikan disekeliling rumah dan pokok2 yg berdekatan..manala tau ada.
5.Ia dapat mendengar,barang siapa yg menyebut namanya(p/s:sebut B kuasa 2 jak)
6.Ia akan meninggalkan tubuh badannya pd waktu mlm dan akan kembali sebelum siang.
7.'Penyakit' ini boleh diturunkan kepada anak cucu dan secara 'paksa' melalui salaman atau tepukan dibahu dan byk lagi.
8.Tips utk menghindarnya,guna limau kapas atau nipis,benda2 berduri atau benda tajam dan letak kat tepi tingkap,atap rumah,bawah 'kolong'(bawah rumah) atau mana2 yg difikirkan perlu.(ayam atau angsa turut sesuai diletakkan dibawah rumah)
8.Bukan hantu.

Semua perkara2 yg anda perlu tahu ini, aku dpt dr otai(org tua2) dan rakan2 yg lebih arif tentang balan-balan ni.Betul atau tidak tu..adalah menjadi hak anda untuk mempercayainya.